Saturday, February 6, 2010

sepintas lalu... :-)

apaka sebenarnya yang diinginkan oleh individu yang terlibat dengan aktiviti di dalam kelompok. dapatlah diandaikn bahawa individu yang terlibat dalam kelompok dapat memenuhi sesetengah daripada kehendak individu.
individu yang menyertai kelompok mempunyai matlamat yang tertentu untuk menyelesaikan pelbagai masalah. sesetengah mereka mahu menghapuskan masalah seperti hubungan sosial, konsep kendiri, berkongsi kesedihan dan sebagainya. mereka akan mencari kemahiran dan pandangan baru, mewujudkan celik akal dalam cara hidup mereka, pandangan yang baik tentang bagaimana cara mereka melihat orang lain dan satu cara yang boleh mereka gunakan untuk memperbaiki hubungan dengan yang lain. selain itu, ia membantu para pelajar mengatasi masalah mereka. kelompok ini juga mmbantu merka yang tidak dapat menyelesaika masalah dalam kehidupan seperti keluarga, kerjaya, perkawinan dan seumpamanya.

Saturday, January 30, 2010

PUSPEN.. "ahli keluarga"

Masih aku ingat pengalaman pertama menjejakkan kaki ke PUSPEN, agak gementar pada mulanya untuk menjejakkan kaki di sana krana memikirkan pandangan warga PUSPEN terhadap kehadiran aku dan rakan-rakan di sana dan penerimaan mereka terhadap program yang bakal aku dan rakan-rakan adakan.
Setiba kami di PUSPEN Bukit Mertajam, aku dan rakan-rakan disambut baik oleh pihak PUSPEN. Kami diminta meninggalkan barang-barang di kaunter pengawal dan tidak dibenarkan membawa masuk sebarang alat rakaman. Kami dibawa ke bilik mensyuarat untuk mendengar penerangan dari pihak PUSPEN. Program yang diterapkan di dalam pusat juga dipaparkan kepada aku dan rakan-rakan, ahli-ahli pusat dipanggil "ahli keluarga" untuk merapatkan jurang antara ahli dengan masyarakat.
Kami seramai lapan orang ahli dibawa ke dalam dewan yang mengandungi 25 orang "ahli keluarga" yang berada di fasa satu. Pada awal aktiviti, para "ahli keluarga" agak malu-malu untuk menyertai program yang diaturkan oleh kami, namun semasa sesi perkenalan (rapo) telah membuatkan mereka mulai rasa selesa terhadap kami.
Seronok rasanya kerana mereka mula 'sporting' dan mampu memberikan kerjasama yang baik terhadap modul-modul yang kami jalankan. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".

Wednesday, January 27, 2010

HaRi PerTama....

ah...hari ini kami bertiga sibuk berlaja buat blog...bkn ape sebab ni tugasan...so kiteorg pn pulun lah buat...kesian aini sbb melayan kiteorg yg memg xreti ni...jasamu dikenang...heheheheh...rasa teruja pun ade jugak bt BloG ni...apa pun blog ni akan diteruskan walaupun sekadar tugasan..semangat berkongsi dah dtg...kikikikikiki....