Saturday, January 30, 2010

PUSPEN.. "ahli keluarga"

Masih aku ingat pengalaman pertama menjejakkan kaki ke PUSPEN, agak gementar pada mulanya untuk menjejakkan kaki di sana krana memikirkan pandangan warga PUSPEN terhadap kehadiran aku dan rakan-rakan di sana dan penerimaan mereka terhadap program yang bakal aku dan rakan-rakan adakan.
Setiba kami di PUSPEN Bukit Mertajam, aku dan rakan-rakan disambut baik oleh pihak PUSPEN. Kami diminta meninggalkan barang-barang di kaunter pengawal dan tidak dibenarkan membawa masuk sebarang alat rakaman. Kami dibawa ke bilik mensyuarat untuk mendengar penerangan dari pihak PUSPEN. Program yang diterapkan di dalam pusat juga dipaparkan kepada aku dan rakan-rakan, ahli-ahli pusat dipanggil "ahli keluarga" untuk merapatkan jurang antara ahli dengan masyarakat.
Kami seramai lapan orang ahli dibawa ke dalam dewan yang mengandungi 25 orang "ahli keluarga" yang berada di fasa satu. Pada awal aktiviti, para "ahli keluarga" agak malu-malu untuk menyertai program yang diaturkan oleh kami, namun semasa sesi perkenalan (rapo) telah membuatkan mereka mulai rasa selesa terhadap kami.
Seronok rasanya kerana mereka mula 'sporting' dan mampu memberikan kerjasama yang baik terhadap modul-modul yang kami jalankan. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".

No comments:

Post a Comment