Setiba kami di PUSPEN Bukit Mertajam, aku dan rakan-rakan disambut baik oleh pihak PUSPEN. Kami diminta meninggalkan barang-barang di kaunter pengawal dan tidak dibenarkan membawa masuk sebarang alat rakaman. Kami dibawa ke bilik mensyuarat untuk mendengar penerangan dari pihak PUSPEN. Program yang diterapkan di dalam pusat juga dipaparkan kepada aku dan rakan-rakan, ahli-ahli pusat dipanggil "ahli keluarga" untuk merapatkan jurang antara ahli dengan masyarakat.
Kami seramai lapan orang ahli dibawa ke dalam dewan yang mengandungi 25 orang "ahli keluarga" yang berada di fasa satu. Pada awal aktiviti, para "ahli keluarga" agak malu-malu untuk menyertai program yang diaturkan oleh kami, namun semasa sesi perkenalan (rapo) telah membuatkan mereka mulai rasa selesa terhadap kami.
Seronok rasanya kerana mereka mula 'sporting' dan mampu memberikan kerjasama yang baik terhadap modul-modul yang kami jalankan. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".